Thursday, July 31, 2008

Permata Hati Abah & Mama















Tanggal 2 Mei 2008 mama dikejarkan ke hospital selepas air ketuban mama pecah dikala abah baru saja selesai menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan. Abah memecut kereta ke Hospital Serdang. Selepas doktor membuat pemeriksaan mama ditahan wad.

Hanya selepas jam 11 mlm mama baru merasa kontraksi...jam 5.45 pagi mama dimasukkan ke bilik bersalin.

Tepat jam 6.17 pagi lahirlah permata abah dan mama yang dikasihi.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dengan sokongan abah yang memberikan mama semangat untuk melahirkan Adam. Terima kasih abah.

Petangnya mama & Adam dibenarkan pulang. Kita ke rumah nenda Adam dimana di situlah mama akan berpantang. Setibanya di rumah kita disambut oleh wan tik, tok ayah, mak yong Jamila , pak ngah Adib, nenda, tok dedi, makyang & maksu.

Keesokan harinya nenek & tok odang pula melawat Adam. Almaklumlah, Adam merupakan cicit pertama mereka.

Wednesday, July 30, 2008

Muhammad Adam Afnan Kesayangan Abah & Mama


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani... Akhirnya tercapai juga hasrat mama untuk membuatkan blog untuk anak mama yang disayangi. Kesibukan melayan Adam membuatkan blog ini agak lambat dibuat.

Adam semakin membesar, sungguh pantas masa berlalu...tak sangka mama anak mama ni dah hampir 3 bulan usianya. Syukur alhamdulillah sepanjang tempoh ini Adam tidak meragam atau tidak sihat.

Kelahiran Permata Hati Abah Mama


Alhamdulillah..mama selamat melahirkan bayi lelaki yang amat comel di Hospital Serdang 3 Mei 2008 jam 6.17 pagi setelah ditahan wad semalaman.
 

Muhammad Adam Afnan Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template