Tuesday, September 16, 2008

Adam New Look!






Wah...nampaknya anak Mama & Abah ni dah tak ada rambut!

Tapi tak apa..nampak macam baby shaolin pula.hehe Apa-apa pun anak Mama & Abah tetap maintain cute walau tak ada rambut.

Majlis Bercukur





25 Julai 2008, 3.00 pm - Adam bersama-sama Abah & Mama bertolak ke Johor Bahru. Inilah pertama kali Adam menaiki kereta untuk perjalanan yang jauh. Alhamdulillah, lebih kurang jam 7.30 pm kita sekeluarga selamat sampai di rumah Noyang.

27 Julai 2008 Noyang, Nanny & Chu teramatlah sibuk menguruskan majlis kenduri bercukur untuk Adam. Tidak ketinggalan Auntie Azah, Auntie Ati, Uncle Faisal & Uncle Fairus.

Majlis bermula jam 11 am. Dimulakan dengan majlis tahlil dan bacaan doa selamat. Selepas itu Adam diarak sambil diiringi selawat ke atas Nabi (SAW). Kemudian Abah mengumumkan nama putera kesayangannya di khalayak ramai berserta makna nama Adam.

Jam 2 pm pula rambut Adam dicukur oleh seorang ustaz. Rambut yang telah dicukur itu ditimbang dan berat rambut Adam dibayar menyamai harga emas semasa. Sesudah itu Adam diarak sekali lagi dan Abah mengumumkan sekali lagi nama anak kebanggaannya berserta makna nama Adam.

Nenda, tok dedi, makyang, makcik & maksu pun datang pada majlis tersebut.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih untuk semua tetamu yang hadir.

Sunday, September 7, 2008

Alahai Bucuk Abah Mama





Adam oh Adam...semakin hari semakin membesar Adam abah & mama yang sorang ni. Bermacam-macam kepandaian...senyum, membalas senyum, dah pandai bercakap (bahasa dia lah). Ambil gambar pun dah pandai...tau saja nak fokus kat kamera.
 

Muhammad Adam Afnan Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template