Lilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, August 1, 2008

Jaundice? Ahhh..tidak...!!!





Keesokan harinya (hari Ahad) nurse yang datang ke rumah menyuruh abah & mama ke hospital Tampin bagi membuat pemeriksaan darah Adam untuk memastikan tahap bilirubin dalam darah. Isnin...sekali lagi darah Adam diambil..tetapi kali ini di buat di Klinik Pesakit Luar Tampin. Selasa...darah Adam diambil lagi. Apabila keputusan TSB dikeluarkan Adam terus dimasukkan ke Hospital Tampin kerana tahap bilirubin hampir mencecah 300!

Di hospital, rutin jam 6 pagi darah Adam akan diambil. Jam 7 pagi Adam akan dimandikan oleh jururawat bertugas. 10 pagi doktor akan membuat pemeriksaan ke atas pesakit termasuklah Adam. Hanya Allah yang tahu perasaan mama setiap kali Adam menangis kesakitan pabila darahmu diambil sayang...Kasihan mama melihat tangan Adam yang lebam-lebam. Di hospital mama berikan susu mama sebanyak yang Adam mahukan. Kerana susu mama lah ubatnya. Di samping itu, Adam diletakkan di bawah lampu (fototerapi).

Ahad, pada usia Adam 8 hari barulah Adam dibenarkan pulang. Mama bersyukur sangat. Di rumah, mama dan abah ikhtiarkan pelbagai cara untuk merawat jaundice Adam. Abah belikan ubat dari kedai sensei, mama mandikan Adam dengan air rebusan daun inai. Jiran, saudara mara yang berkunjung turut memberikan petua. Air rebusan daun cermai, daun dukung anak, minum susu kambing...macam-macam petua.

Hari Selasa, jururawat yang melawat Adam mengarahkan agar dibuat pemeriksaan tahap bilirubin sekali lagi dan hari itu jugalah Adam ditahan di wad sekali lagi. Abah, mama dan semua orang lain sangat bimbangkan kesihatan Adam. Hari Jumaat barulah Adam dibenarkan pulang. Lega hati mama.

Tetapi selepas Adam keluar dari hospital, mama & makyang kerap berulang alik ke klinik untuk membuat ujian darah Adam kerana Adam masih lagi "kuning". Sampai satu tahap, mama dan abah membawa Adam ke klinik Dr Azmi di Linggi untuk mendapatkan rawatan.

Kira-kiranya Adam mengidap jaundice dalam 30 hari...bukan jangka masa yang pendek. Alhamdulillah, akhirnya Adam sembuh.

0 comments:

 

Muhammad Adam Afnan Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template