Lilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, October 8, 2008

Syawal 1429h (1 Oktober 2008)







Tahun ini raya Abah & Mama yang paling bermakna. Kenapee? (mcm iklan U mobile)
Sebab Abah & Mama dah ada Adam.

Macam raya tahun-tahun yang lepas, malam raya semua pakcik-pakcik & makcik-makcik mama (datok & wan sedara Adam) akan berkumpul di rumah tok odang Adam untuk takbir raya. Malam itu juga Adam lah orang paling glamor.

Pagi raya sesudah menunaikan solat sunat hari raya dan menziarahi kubur, semua sanak saudara akan "serbu" rumah nenda Adam. Menu tahun ini soto. Pergh...sedap bangat soto nenda.

3 Syawal selepas solat jumaat & makan tengahari, kita sekeluarga bertolak ke Johor Bahru. Alhamdulillah selepas 3 jm perjalanan kita semua selamat tiba dan disambut Noyang. Raya ke-6 kita semua berangkat pulang ke Sepang.

Umur Adam masa raya genap 5 bulan. Kala Adam nak tahu, kebetulan ada satu malam Mama termasukkan jari Mama dalam ulut Adam...tiba-tiba Adam gigit dan Mama dapat rasakan gigi Adam yang gigit Mama.

0 comments:

 

Muhammad Adam Afnan Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template